Tuesday 1 December 2009

Tugasan 1[Karangan fakta] : Kepentingan Kenderaan

Rangka Karangan

Pendahuluan : - kenderaan mempunyai banyak kegunaan dalam hidup
- boleh menjadi alat perhubungan di air,darat dan di udara


Isi-Isi Penting : - tiga jenis pengangkutan utama iaitu kenderaan darat,air dan udara
- kerap menggunakan kenderaan awam boleh mengurangkan kesesakan lalu
lintas dan ia murah dan menjimatkan masa dan tenaga
- kenderaan juga boleh menghubungkan penduduk dari satu destinasi ke
destinasi yang lain
- kenderaan boleh menyumbang kepada negara untuk meningkatkan
kemajuan negara


Penutup : - kenderaan mempunyai banyak kegunaan kepada kita untuk terus menjadi
maju





Karangan

Kenderaan mempunyai banyak kegunaan dalam hidup kita.Kenderaan di air,darat dan di udara boleh menjadi alat perhubungan sesama kita.

Terdapat tiga jenis kenderaan utama iaitu kenderaan di air,darat dan di udara.Contoh kenderaan di air ialah kapal selam, bot,sampan dan kapal layar.Contoh kenderaan darat pula ialah kereta,lori,basikal dan kenderaan di udara ialah kapal terbang,jet,helikopter dan lain-lain.

Kita boleh kerap menggunakan kenderaan awam kerana ia boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas dan ia juga murah dan menjimatkan masa dan tenaga.Kenderaaan awam yang banyak digunakan di bandar seperti bas,keretapi dan lain-lain.

Kenderaan juga boleh digunakan untuk menghubungkan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan sistem rangkaian seperti keretapi,bas,kapal dan jet penumpang.Jika kita mahu pergi ke destinasi yang agak jauh, kita boleh menggunakan kenderaan awam seperti kapal penumpang,jet penumpang dan lain-lain.

Kenderaan zaman kini banyak membantu dalam pembangunan taraf ekonomi dan menyumbang dalam meningkatkan kemajuan negara kita dalam bidang teknologi dan inovasi.

Kini,kenderaan mempunyai banyak kepentingan untuk kita terus menjadi maju.


Tamat.

1 comment:

Joachim said...

I need a conclusion based on this esa.But,esa is horrible because there is no much important words.Your conclusion is short so please upgrade into a new conclusion to make it a bit longer.So your esa is not good.I will give you C+.